Total Pageviews

Welcome to Coway Malaysia No.1 BLOG

Welcome to Coway Malaysia No.1 BLOG

Friday 26 September 2014

Ada Apa Dengan COWAY- By RANGGA aka Salehuddinayub



Pernah tak anda melihat movie Ada Apa Dengan CINTA? Mesti anda yang pernah melihat movie itu  tersentuh JIWA & HATI anda bukan? Kepada anda yang belum pernah lagi melihat movie ini, bolehlah rajin-rajinkan tangan untuk search di youtube.
Biasalah, kalau x kenal maka x cintalah jawapan.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang ADA APA DENGAN COWAY?
oleh saya aka RANGGA

***P/S: Untuk pengetahuan anda nama Glamor saya di kalangan sesetengah kawan saya mereka memanggil saya dengan panggilan RANGGA. Dulu masa bujang & ROCK, boleh la rambut macam RANGGA. Sekarang inilah saya -----Coway by Saleh


.Semestinya anda singgah di sini adalah untuk mengetahui tentang Penulen/ Penapis Air Coway bukan? Semestinya juga anda telah melakukan sedikit RESEARCH di GOOGLE tentang apa PILIHAN Penapis Air yang terbaik untuk anda sekeluarga.
Terdapat beberapa BRAND Penapis Air yang ada di dalam Pasaran Penapis Air di Malaysia. Kesemua Jenama Penapis Air yang ada di dalam PASARAN Malaysia ini merupakan PILIHAN rakyat Malaysia hari ini.
 Saya yakin anda kemungkinan akan konpius dan susah untuk buat PILIHAN apakah yang mendapat tempat di hati anda. Ini adalah kerana masing-masing akan berkata dan menegaskan bahawa Jenama mereka adalah antara yang terbaik dan termantap dari yang lain. Disini saya ingin MENEGASKAN dan MENYATAKAN dengan anda bahawa kesemua syarikat-syarikat yang menjual penapis air di dalam pasaran penapis air Malaysia selain COWAY adalah yang terbaik untuk anda berdasarkan atas PILIHAN ANDA sendiri.
Ini adalah kerana setiap Produk Penapis Air itu memang akan bertemu dengan TUANnya sendiri.... Macam JODOH lah. Sekiranya kita rasakan seseorang itu adalah JODOH kita, banyak orang akan berkata bahawa tulang rusuk kita akan bergetar bukan. Sama jugalah dengan JODOH Penapis Air dengan TUANnya sendiri. 
Melalui pengalaman saya sebagai seorang Pakar Jualan Penapis Air selama hampir 10 tahun ini ,anda akan merasakan sesebuah Penapis Air itu adalah JODOH anda apabila anda mengalami SIMPTOM-SIMPTOM berikut. Ranking SIMPTOM-SIMPTOM tersebut adalah berdasarkan keutamaan yang saya nyatakan, sekiranya anda mempunyai SIMPTOM-SIMPTOM berikut saya rasakan anda perlu untuk membuat tindakan susulan.

1..Anda terasa HAUS & DAHAGA apabila membaca INFO tentang SPESIFIKASI & TEKNOLOGI sesebuah produk tersebut.

2.Anda merasakan sesuatu yang SENANG & MUDAH apabila mengetahui tentang PAKEJ PEMBELIAN yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat itu.

3. Anda merasakan perasaan untuk MEMILIKI produk itu tinggi apabila anda mengetahui FAEDAH yang didapati dari sesebuah PRODUK tersebut- seperti JENIS AIR,CIRI-CIRI KESELAMATAN dan lain-lain lagi.

4. Anda merasakan apabila anda memiliki produk tersebut anda sudah tidak perlu lagi untuk MEMBELI Penapis Air yang lain lagi dalam jangka masa 5-10 tahun

5.Anda akan merasakan kerja harian anda LEBIH MUDAH & SELAMAT serta DIHARGAI apabila ada orang yang datang untuk servis Penapis Air anda secara konsisten, efektif dan efisien.

6. Anda merasakan DUIT  yang bakal dikeluarkan anda  memang BERBALOI-BALOI apabila memiliki Model Penapis Air tersebut.

7. Anda pernah mendengar PERKONGSIAN dari kenalan atau kawan-kawan anda yang mencadangkan kepada anda untuk memakai Jenama yang sama macam mereka.


ADA APA DENGAN COWAY?

Jom Singgah disini



Friday 12 September 2014

Saya ke Pusat R&D Centre COWAY, Seoul National Universiti

Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda Trip saya ke Pusat Penyelidikan & Pembangunan Coway (R&D CENTRE), di Seoul National Universiti,Korea Selatan.

Alhamdulillah saya berjaya melayakkan diri saya ke sana semasa Coway menawarkan Insentif Trip pada Tahun 2011.Untuk pengetahuan anda, Coway Malaysia akan bagi Insentif Trip kepada ajen-ajen Health Planner mereka pada setiap tahun.Kiranya macam balik ke kampung halaman la pada setiap tahun. Semasa pertama kali saya menjejakkan kaki di sana, di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sahaja, produk penapis air Coway sudah ada di sekeliling ruang legar tersebut. Terdetik di hati rasa bangga bila tengok produk COWAY di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon itu.

Untuk pengetahuan anda ada 3 Syarikat yang mempunyai Pusat Penyelidikan & Pembangunan
 (R&D Centre) di dalam Seoul National University. Yang pertama adalah COWAY, kedua adalah LG dan yang ketiga sebuah syarikat gergasi Oil & Gas Korea Selatan.Disini ada lebih dari 200 orang penyelidik-penyelidik yang membuat kajian untuk membangunkan produk-produk yang berkaitan dengan kesejahteraan & kesihatan manusia. COWAY bukan sahaja pakar dalam bidang air, malahan mereka sudah menceburi bidang-bidang produk yang berbeza dari penulenan air seperti KERUSI URUT, MESIN PENGISAR AIR, VAKUUM TEKNOLOGI, MESIN PENGISAR MAKANAN, MESIN RAWATAN AIR dan banyak lagi

Hari pertama di Korea kami terus dibawa ke R&D Centre COWAY. Sebelum sampai di sana kami sempat singgah makan steambot KOREA Style.







Untuk pengetahuan anda Pusat R&D Coway ini merupakan satu badan yang mengesahkan segala bentuk dan jenis penapis air yang boleh dikeluarkan di Korea Selatan. Semua syarikat yang mengeluarkan Produk Penapis Air & Udara kena menghantar produk mereka ke sini untuk KELULUSAN sebelum dijual kepada masyarakat. Kiranya Pusat R&D Centre COWAY ni merupakan badan yang sah untuk memeberi kelepasan sesuatu produk yang berkaitan dengan air & udara.

Di sini saya dapat melihat dengan lebih jelas dan dekat segala kecanggihan dan teknologi yang digunakan oleh COWAY di dalam produk-produk mereka. Disini segala produk-produk COWAY akan diuji dan dikaji sebelum dipasarkan kepada masyarakat. Sempatlah saya menagkap beberapa gambar di dalam R&D Centre tersebut secara curi-curi. Sebenarnya kami tidak dibenarkan untuk menangkap sebarang gambar di dalamnya. (*^*)

Kami diberi penerangan dan dibawa untuk melawat ke bilik-bilik dimana setiap produk-produk COWAY ini diuji. Saya diberitahu oleh staf-staf di R&D Centre ini bahawa setiap produk-produk COWAY ini akan melalui hampir 20 jenis ujian sebelum dipasarkan kepada pasaran. Diantara ujian yang dilakukan adalah UJIAN TAHAN LASAK, UJIAN EMOSI PENGGUNAAN, UJIAN KEMUDAHAN PENGGUNAAN, UJIAN KESELAMATAN PENGGUNA & lain-lain lagi.

Selepas ke R&D Centre COWAY, kami dibawa pula ke HEADQUARTERS COWAY di Seoul.
Apa yang membuatkan saya rasa kagum cara orang-orang KOREA bekerja apabila melawat sekitar pejabat HQ COWAY ,ialah mereka mempunyai sebuah tempat untuk melepaskan STRESS & TENSION waktu di pejabat. Menarik bukan?








 Untuk pengetahuan anda air yang keluar dari PENAPIS AIR COWAY mempunyai rasa sedikit manis. Ini adalah kerana salah satu tabung penapis COWAY diperbuat dari tempurung kelapa. Ini menjadikan air yang keluar dari penapis akan menjadi sedikit manis dan sedap diminum begitu sahaja.





Wednesday 10 September 2014

Sunday 7 September 2014

Adakah produk harian kita selamat digunakan?




Apakah BPA, dan apakah kebimbangan mengenai BPA?


BPA bermaksud Bisphenol A. BPA merupakan bahan kimia industri yang telah digunakan untuk membuat plastik dan resin tertentu sejak tahun 1960-an.

BPA terdapat dalam plastik polikarbonat dan resin epoksi. Plastik polikarbonat sering digunakan di dalam bekas yang menyimpan makanan dan minuman, seperti botol air. Mereka juga boleh digunakan dalam barangan pengguna yang lain.

Resin epoksi yang digunakan untuk kot bahagian dalam produk logam, seperti tin makanan, botol dan puncak talian bekalan air. Beberapa pengedap pergigian dan komposit juga mungkin mengandungi BPA.

Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa BPA boleh meresap ke dalam makanan atau minuman daripada bekas yang diperbuat daripada BPA. Pendedahan kepada BPA adalah satu kebimbangan kerana kesan kesihatan yang mungkin BPA pada otak, tingkah laku dan kelenjar prostat janin, bayi dan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) telah berkata bahawa BPA adalah selamat pada tahap yang sangat rendah yang berlaku dalam sesetengah makanan. Penilaian ini adalah berdasarkan kepada kajian semula beratus-ratus kajian.

FDA meneruskan semakan BPA, termasuk menyokong penyelidikan yang berterusan. Dalam pada itu, jika anda bimbang tentang BPA, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan pendedahan anda:

     Carilah produk BPA bebas. Semakin banyak produk BPA bebas telah datang ke pasaran. Carilah produk yang dilabel sebagai BPA bebas. Jika produk yang tidak dilabel, perlu diingat bahawa beberapa, tetapi tidak semua, plastik ditandakan dengan kod kitar semula 3 atau 7 boleh dibuat dengan BPA.
     Kurangkan tin. Mengurangkan penggunaan makanan dalam tin kerana kebanyakan tin dipenuhi dengan resin yang mengandungi BPA.
     Elakkan haba. Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar, sebahagian daripada Institut Kesihatan Kebangsaan, menasihati terhadap ketuhar gelombang mikro plastik polikarbonat atau memasukkannya ke dalam mesin basuh pinggan mangkuk, kerana plastik boleh memecahkan dari masa ke masa dan membolehkan BPA untuk Meluluhkan ke dalam makanan.
     Penggunaan alternatif. Penggunaan kaca, porselin atau keluli tahan karat bekas untuk makanan panas dan cecair daripada bekas plastik.Semoga anda sekeluarga tidak terdedah kepada pembunuh senyap era ini.






Untuk Penerangan Penuh tentang INFO,PAKEJ & KHIDMAT SERVIS Coway sila layari





Kepentingan Minum Air Yang Bersih











Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.
1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.
Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.
Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.
2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.
3. Air mampu mengurangkan stres.
Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.
Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.
Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.
4. Bentuk otot anda dengan air.
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.
Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.
5. Mencantikkan kulit anda.
Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.
Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.
Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.
Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
6. Air melancarkan proses penghadaman.
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.
Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.
7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.
Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!
Adakah anda minum air dengan cukup?
Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.



Untuk Penerangan Penuh tentang INFO,PAKEJ & KHIDMAT SERVIS Coway sila layari




Introduction to COWAYBYSALEH.COM




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi apabila webpage Coway by Saleh telah berjaya disiapkan. Idea untuk menghasil web Coway by Saleh muncul apabila saya terpikirkan bagaimana saya hendak menyampaikan tentang kebaikkan produk-produk dan pakej Coway kepada masyarakat di luar sana dengan lebih efektif dan efisien.Banyak orang keliru hendak membeli penapis air yang ada di dalam pasaran di Malaysia.Harapan saya dengan adanya page COWAYBYSALEH.COM
 ini akan membantu ramai lagi rakyat Malaysia untuk memiliki produk penapis air Coway.


Semasa menceburi bidang penjualan penapis air Coway bermula pada tahun 2008, tidak ramai orang mengetahui tentang Coway. Apabila saya mulakan mukadimah dengan bakal pelanggan Coway, banyak yang ragu-ragu dan risau dengan kredibiliti syarikat Coway.
Ramai juga yang menyatakan kalau-kalau syarikat ini akan tenggelam timbul macam syarikat2 multinasional lain yang pernah bertapak di Malaysia. Ada juga yang timbulkan persoalan sistem sewa beli Coway ni tak kan bertahan lama, kerana esok-esok kemungkinan syarikat akan lingkup apabila memberikan berbagai kemudahan dan faedah kepada pelanggan-pelanggan mereka. Tetapi Coway Malaysia masih bertahan dan kekal sebagai Pakar Penulen Air & Udara di Malaysia.Untuk pengetahuan anda semasa Tahun 2008 jumlah jualan syarikat hanyalah sekitar ratusan unit sahaja sebulan. Sekarang setelah hampir 8 tahun Coway di Malaysia jumlah jualan bulanan telah meningkat hampir ke 15,000 unit sebulan. Setakat ini Coway Malaysia telah membantu hampir 300,000 rakyat Malaysia dengan  produk-produk yang sememangnya terbaik dan mantap di dalam pasaran penapisan air.

Sepanjang pengalaman saya berjumpa dengan pelanggan-pelanggan saya, ramai yang kurang faham dan jelas tentang sistem penapis air yang ada didalam pasaran malahan tidak kurang juga ramai juga yang tertipu dengan syarikat-syarikat yang mengambil kesempatan dengan mereka.
Ada pelanggan saya yang pernah menggunakan Jenama X selama beberapa tahun, dan selama penggunaan penapis air itu dirumah mereka tidak pernah melakukan apa-apa servis atau pun penukaran terhadap tabung-tabung filter tersebut. Anda bayangkan selama beberapa tahun, mereka sekeluarga menggunakan penapis air yang tidak ditukar tabung penapisnya selama beberapa tahun.

Alhamdulillah, semasa berjumpa dengan Coway mereka sekeluarga berasa sungguh gembira dan berpuas hati dengan produk Coway. Dengan bayaran bulanan serendah RM 110 mereka boleh menikmati keselesaan  serta kesejahteraan sekeluarga dirumah.Mereka berpuas hati dan rasa tidak ditindas ataupun ditipu apabila membuat keputusan untuk memasang produk Coway di rumah.

Ada juga pengalaman saya yang berjumpa dengan pelanggan Coway di mana mereka sekeluarga memang mementingkan peggunaan air yang bersih dirumah. Dimana kalau nak dikatakan tentang penggunaan tentang penapis air bukan lah satu isu besar. Semenjak tahun 80an lagi semasa orang semua sibuk dengan kemunculan penapis air batu mineral,tetapi tidak bagi mereka sekeluarga yang dah pakai produk penapis air yang lebih advanced lagi.Kalau dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini sahaja, lebih kurang 6 jenis penapis air berjenama yang berbeza telah mereka pasang dirumah. Kalau nak kata beli penapis air ni dah macam tukar langsir time raya setiap tahun pula. Tetapi, semasa berjumpa dengan COWAY, mereka memang sangat gembira kerana kecanggihan teknologi dan sistem pakej sewa beli yang sangat berbaloi-baloi ini.

Untuk pengetahuan anda, saya selalu diajukan soalan tentang ketahanan dan durasi penapis air Coway ni berapa lama ia boleh digunakan?
Jawapan nya adalah 10 Tahun. Apabila anda memiliki produk penapis air Coway, anda sudah tidak perlu risau untuk menukar penapis air yang lain dalam jangka masa 10 tahun. 
HEBAT bukan?

Setiap produk Coway ini telah melalui berbagai ujian-ujian ketahanan, kemampuan, dan berbagai-bagai lagi semasa di dalam proses pembangunan sesebuah produk tersebut. Semasa saya berada di Pusat Penyelidikan Coway di Seoul National Unversiti, saya di beritahu oleh penyelidik-penyelidik di situ dimana setiap produk COWAY yang dipasarkan telah diuji dari segi penggunaan mekanisma sebanyak 1,000,000 kali. Anda bayangkan, sebelum sesebuah produk itu berada di rumah anda, ia telah diujipakai sebanyak 1,000,00 kali.

Ada juga sekitar Tahun 2010 dimana saya berjumpa dengan bakal pelanggan COWAY dimana anak beliau mempunyai masalah pernafasan dan berkahak. Apa yang membuatkan saya berasa terharu anaknya baru sahaja berumur 3bulan. Kalau tak silap saya ia adalah Acute Bronchitis. Apa yang saya lakukan adalah mencadangkan untuk menggunakan produk penulen udara LOMBOK. 
Setelah mendengar penjelasan dan penerangan produk dan sistem pakej COWAY. Mereka sekeluarga bersetuju untuk memasang di rumah. Setelah beberapa bulan, saya terpanggil untuk bertanya kabar pelanggan saya itu. Saya amatlah terkejut apabila diberitahu oleh pelanggan saya, bahawa sakit acute bronchitis yang dihidapi bayi mereka sudah tidak ada lagi. Malahan doktor mengesahkan bahawa hampir 90% sakit itu sudah bebas dari anak mereka.
Alhamdulillah, saya berasa sangat berpuas hati dan gembira dengan hasil keberkesanan produk Coway di rumah mereka. Setelah berpuas hati dengan produk tersebut, mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk menambahkan lagi produk Coway dirumah. Iaitu penapis air dan tambahan unit untuk penulen udara. Malahan mereka juga telah memperkenalkan kenalan-kenalan dan saudara mereka dengan produk COWAY.
Sehingga sekarang lebih dari 10 kenalan mereka yang telah memilih COWAY sebagai pembantu harian di rumah dengan saya.

Untuk pengetahuan anda yang masih belum menggunakan COWAY, anda akan melalui pengalaman yang sama seperti pelanggan COWAY yang lain. Mungkin pada mulanya untuk anda membuat keputusan untuk memilih COWAY amatlah berat ataupon susah. Bermacam-macam yang bermain di pikiran anda. Iye, jumlah untuk membeli satu penapis air COWAY bukan sedikit, hampir mencecah 3 ribu ringgit.
 Malahan kalau nak sewa pon bulanannya adalah lebih dari RM 100. dan komitmennya pula sehingga 5 tahun.
Tetapi setiap orang ada jodohnya. Jodoh anda dengan COWAY sudahpon dekat apabila anda membaca penulisan saya ini. Percayalah, dengan komitmen lebih kurang RM 120 sebulan, anda akan mengalami satu pengalaman yang berbeza dan berbaloi. Kalau nak dipikirkan panjang-panjang pon, xboleh juga.

Apa-apa pon semuanya bermula dengan tindakan anda. Anda boleh membuat berbagai kajian dan semakan di internet,fesbuk dan lain-lain lagi. Tetapi segalanya akan bermula apabila anda membuat keputusan dan menurunkan tanda tangan di borang permohonan COWAY. Semoga page Coway By Saleh ini akan dapat memberi manfaat dan lebih pencerahan kepada masyarakat di luar sana. Hasrat saya dengan terhasilnyapage Coway By Saleh ini akan membantu lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk memiliki produk COWAY di rumah


Semoga pencarian untuk KESEJAHTERAAN dan KEHARMONIAN anda sekeluarga akan
 terhenti disini.

Salam Coway buat anda!

"Jangan tunggu lama-lama, jangan tunggu lama-lama, nanti dia kan diambil orang."

Salehuddinayub A. Latif



Untuk Penerangan Penuh tentang INFO,PAKEJ & KHIDMAT SERVIS Coway sila layari